“ Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita ”
Pertandingan Video Inspirasi Pendek untuk Pelajar
Tujuan:
Menggalakkan pelajar menggunakan cara yang kreatif untuk menunjukkan teknik dan kaedah mereka dalam mempelajari Bahasa Melayu, meningkatkan daya kreativiti dan kebolehan ekspresi pelajar. Melalui penciptaan dan perkongsian video pendek, mencetuskan minat dan kecintaan pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu, serta meningkatkan pengetahuan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
Hadiah:
Tempat Pertama: Wang Tunai RM500 + Pen eKamus Oxford + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil
Tempat Kedua: Wang Tunai RM300 + Pen eKamus E2 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil
Tempat Ketiga: Wang Tunai RM200 + Pen eKamus E1 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil
Hadiah Galakan (4 Pemenang): Wang Tunai RM100 +Baucar pen eKamus RM80 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil
Sasaran Pertandingan:
~ Peserta mestilah pelajar sekolah rendah atau menengah yang bersekolah di Malaysia.
~ Pertandingan ini adalah pertandingan individu, tetapi tidak terhad kepada bilangan pelajar yang terlibat dalam penggambaran. Setiap pelajar hanya boleh menghantar satu video sahaja.
Tarikh Tutup Penyertaan dan Penghantaran Dokumen:
30 Jun 2025
Tarikh Tutup Undian Awam :
31 Julai 2025
Peraturan Pertandingan:
~ Karya mestilah asli, belum pernah diterbitkan atau menyertai pertandingan lain.
~ Video mesti dihantar dalam format MPEG, AVI atau WMV, panjangnya tidak melebihi 3 minit, dan jelas membawa mesej dan kandungan
"Cintalah Bahasa Kebangsaan Kita ”.
~ Karya mesti menggunakan Bahasa Melayu, tetapi boleh menyertakan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat bahasa, tindakan, tingkah laku, aktiviti yang tidak sesuai atau elemen keganasan dan lucah, penyertaan akan dibatalkan.
~ Karya tidak boleh mengandungi paparan, insinuasi, atau kiasan kepada tanda dagangan syarikat lain, serta tidak boleh melanggar hak harta intelek atau mana-mana hak pihak ketiga.
~ Penganjur berhak menggunakan sebahagian karya untuk tujuan umum dan diberi hak mengedit.
~ Penganjur memiliki hak cipta semua imej visual dan video penyertaan, serta berhak menggunakan dan menyalin karya tanpa sebarang sekatan untuk tujuan lain, baik semasa pertandingan atau selepasnya, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada peserta.
~ Penganjur berhak menambah atau mengubah sebarang spesifikasi pertandingan tanpa sebarang notis awal. Semua peserta mesti mematuhi keputusan dan aturan akhir pihak penganjur.
~ Penganjur berhak mengubah atau menukar hadiah pertandingan di laman web rasmi atau bahan promosi lain tanpa sebarang notis awal.
~ Pertandingan video inspirasi pendek adalah pertandingan individu, tetapi tidak terhad kepada bilangan pelajar yang terlibat dalam penggambaran. Setiap pelajar hanya boleh menghantar satu video sahaja.
Cara Mendaftar:
~ Peserta memuat naik karya video ke Google Drive, Dropbox, YouTube dan perkhidmatan awan lain.
~ Peserta mendaftar melalui laman web rasmi acara (www.probm.org/vip) dengan memasukkan maklumat peribadi dan juga memasukkan URL pautan video dalam borang pendaftaran dalam talian.
Cara Penilaian:
~ Pihak penganjur dijangka akan memuat naik video ke laman Facebook rasmi pada bulan Julai untuk undian awam dengan jumlah undian awam akan menyumbang 20% daripada jumlah markah. Hasil penilaian akhir dijangka akan diumumkan di laman web rasmi acara pada bulan September, dan keputusannya adalah muktamad, pihak penganjur tidak akan melayan sebarang aduan.
~ Penganjur berhak mengubah atau menyesuaikan jadual pertandingan. Sila pastikan peserta mengikuti pengumuman terkini yang dikeluarkan melalui laman web rasmi.
Kriteria Penilaian:
Keserasian Tema 50%
Kreativiti Penyampaian 30%
Undian Awam 20%
Pertanyaan sila hubungi: 019-252 7911