Loading...

TERMA DAN SYARAT: PERTANDINGAN KOMIK AI PERPADUAN MALAYSIA

1. ANJURAN

1.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidik Profesional Bahasa Malaysia (PROBM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN).


2. TEMA

2.1 Tema pertandingan ialah “Bahasa Kebangsaan Teras Penyatuan Bangsa.”

2.2 Karya hendaklah menzahirkan nilai perpaduan, keharmonian dan integrasi nasional.


3. TEMPOH PERTANDINGAN

3.1 Tarikh mula: 14 Mei 2026

3.2 Tarikh tutup: 14 Jun 2026, jam 11.59 malam

3.3 Tarikh penilaian juri: 21 Jun 2026 

3.4 Tarikh pengumuman keputusan / penyampaian hadiah (dalam talian): 28 Jun 2026, jam 10.00 pagi


4. KATEGORI DAN HADIAH 

Kategori: Sekolah Rendah (7–12 tahun)

Johan: 

Wang Tunai RM250 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Naib Johan: 

Wang Tunai RM150 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Tempat Ketiga: 

Wang Tunai RM100 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Saguhati (x10): 

Wang Tunai RM50 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Kategori:Sekolah Menengah (13–17 tahun)

Johan: 

Wang Tunai RM300 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Naib Johan: 

Wang Tunai RM250 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Tempat Ketiga: 

Wang Tunai RM150 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Saguhati (x10): 

Wang Tunai RM50 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + e-Sijil

Kategori Terbuka: (18 tahun ke atas)

Johan: 

Wang Tunai RM500 + e-Sijil

Naib Johan: 

Wang Tunai RM300 + e-Sijil

Tempat Ketiga: 

Wang Tunai RM200 + e-Sijil

Saguhati (x10): 

Wang Tunai RM80 + e-Sijil


5. SPESIFIKASI KARYA

5.1 Format: Satu (1) muka surat sahaja (disarankan 6 panel penceritaan)

5.2 Bahasa: Wajib menggunakan Bahasa Melayu yang betul mengikut tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

5.3 Teknologi AI: Visual hendaklah dijana menggunakan alatan AI (contoh: Canva Magic Media, Midjourney, Bing Image Creator dan lain-lain)

5.4 Fail: Format PDF atau JPEG beresolusi tinggi (600 DPI)


6. PERATURAN AM

6.1 Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia mengikut kategori

6.2 Karya hendaklah asli, tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan, serta tidak menyentuh isu sensitif 3R (agama, kaum dan raja)

6.3 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) karya sahaja


7. HAK MILIK PENGANJUR

7.1 Semua hasil karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur dan boleh digunakan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) serta PROBM bagi tujuan promosi, pameran atau penerbitan tanpa perlu mendapatkan kebenaran atau membayar royalti kepada peserta.


8. KEPUTUSAN JURI

8.1 Pemarkahan adalah berdasarkan:

Bahasa (30%)

Mesej perpaduan (30%)

Kreativiti (20%)

Etika penggunaan AI (20%)

8.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dilayan

 

9. PENDAFTARAN PENYERTAAN

9.1 Peserta hendaklah mendaftar dan menghantar penyertaan melalui pautan berikut: 👉 https://forms.gle/m7edPyyqWPKYu7z39

9.2 Peserta disarankan untuk melengkapkan pendaftaran sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

 

10. Penganjur berhak untuk meminda sebarang terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.