“ Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita ”
Pertandingan Video Pendek Inspirasi
ANJURAN
Persatuan Pendidik Profesional Bahasa Malaysia (PROBM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
OBJEKTIF PERTANDINGAN
1. Menggalakkan pelajar menggunakan kaedah yang kreatif untuk berkongsi teknik dan pengalaman mereka dalam mempelajari Bahasa Melayu.
2. Memupuk minat, keyakinan dan kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar.
3. Meningkatkan kemahiran berbahasa, berfikir secara kreatif dan berkomunikasi secara berkesan.
4. Menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.
KATEGORI PERTANDINGAN DAN HADIAH
· Kategori: Sekolah Rendah (7–12 tahun)
· Kategori:Sekolah Menengah (13–17 tahun)
Johan:
Wang Tunai RM500 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + Sijil
Naib Johan:
Wang Tunai RM300 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + Sijil
Tempat Ketiga:
Wang Tunai RM200 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + Sijil
Sagu hati (x4):
Wang Tunai RM100 + Baucar Tuisyen Bahasa FYB bernilai RM300 + Sijil
· Kategori Terbuka: (18 tahun ke atas)
Johan:
Wang Tunai RM600 + Sijil
Naib Johan:
Wang Tunai RM400 + Sijil
Tempat Ketiga:
Wang Tunai RM300 + Sijil
Sagu hati (x4):
Wang Tunai RM150 + Sijil
TARIKH PENTING
· Tarikh Tutup Pendaftaran dan Penghantaran Video
31 Ogos 2026 (11.59 malam)
· Pengumuman Keputusan
Dijangka pada bulan September 2026 melalui saluran rasmi penganjur.
· Majlis Penyampaian Hadiah
4 Oktober 2026 10.00 pagi (Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, K.L.)
SPESIFIKASI VIDEO
Video hendaklah bertemakan:
“Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita”
· Video mestilah hasil karya asli peserta.
· Karya yang pernah diterbitkan atau menyertai pertandingan lain tidak dibenarkan.
· Tempoh video tidak melebihi tiga (3) minit.
· Video boleh dihantar dalam format:
· MP4
· MPEG
· AVI
· WMV
· atau format digital lain yang sesuai.
Kandungan video hendaklah berkaitan dengan:
· pengalaman mempelajari Bahasa Melayu;
· teknik pembelajaran Bahasa Melayu;
· kepentingan Bahasa Melayu;
· penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian;
· atau usaha memupuk kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan.
· Bahasa utama yang digunakan mestilah Bahasa Melayu.
· Penggunaan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa sokongan adalah dibenarkan.
CARA PENYERTAAN
Muat naik video ke platform seperti:
· Google Drive
· Dropbox
· YouTube
· atau platform penyimpanan awan yang lain.
· Pastikan pautan video boleh diakses oleh pihak penganjur.
· Lengkapkan borang pendaftaran dalam talian di: www.probm.org/vp
· Sertakan pautan (URL) video dalam borang pendaftaran.
· Hanya penyertaan yang lengkap akan diterima untuk penilaian.
KRITERIA PENILAIAN
Kriteria
Isi Kandungan 40%
Bahasa dan Sebutan Bahasa Melayu 30%
Tema 10%
Nilai Murni 10%
Penyampaian dan Kreativiti 10%
Jumlah 100%
KANDUNGAN YANG TIDAK DIBENARKAN
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya mengandungi:
· Unsur lucah atau tidak bermoral;
· Unsur keganasan melampau;
· Ucapan kebencian;
· Kandungan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama atau budaya;
· Aktiviti yang menyalahi undang-undang;
· Unsur yang boleh menjejaskan imej Bahasa Melayu dan negara.
HAK CIPTA DAN PENGGUNAAN KARYA
· Semua karya mestilah karya asli peserta.
· Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang isu hak cipta atau hak milik intelek yang timbul.
· Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju memberi kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan, menyiarkan, mempromosikan, mengubah suai atau menerbitkan karya bagi tujuan pendidikan, promosi dan publisiti.
· Penganjur berhak menggunakan karya yang diterima tanpa sebarang bayaran royalti kepada peserta.
· Hak penggunaan karya oleh penganjur adalah berkuat kuasa sepanjang tempoh pertandingan dan selepas pertandingan tamat.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
· Keputusan pertandingan adalah muktamad.
· Sebarang rayuan, bantahan atau tuntutan tidak akan dilayan.
· Pihak penganjur berhak melantik panel penilai yang difikirkan sesuai.
HAK PIHAK PENGANJUR
· Pihak penganjur berhak meminda, menambah atau mengubah mana-mana syarat pertandingan tanpa notis awal.
· Pihak penganjur berhak menukar hadiah kepada hadiah lain yang setara nilainya tanpa notis awal.
· Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang didapati melanggar syarat pertandingan.
· Pihak penganjur berhak menambah kategori atau anugerah khas sekiranya perlu.
· Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan ini adalah tertakluk kepada keputusan pihak penganjur.
PERTANYAAN
Sekretariat Pertandingan Video Pendek Inspirasi
📞 019-252 7911
🌐 www.probm.org/vp